Thursday, January 6, 2011

my first sajak !

Pada suatu hari yang membosankan aku telah mendapat inspirasi untuk mencipta sebuah sajak yang terok....... buuuuuuuuuu................. but it's okay atleast aku cuba....... terimalah sajak daripada aku.... haha

Kadang kadang hidup ini sukar dijangka…

Kadang kadang kita temui segalanya tanpa diduga….

Kadang kadang apa yang kita inginkan tak semestinya terjadi…

Kadang kadang manusia akan menyalahkan takdir atas apa yang terjadi…

Tanpa disedari manusia telah melawan takdir…

Takdir yang memang ditentukan olehNya sejak azali…

Takdir yang memang tidak akan berubah walaupon masa diulang semula…

Takdir ke atas kita yang tidak mampu diubah walau dengan apa cara sekalipun…

Tetapi kita seharusnya menerima takdir dengan hati yang terbuka…

Pasrahlah kepadaNya saat kita tidak mampu melawan takdir…

Kerana kadangkala takdir itu adalah ujian…

Ujian daripadaNya yang menunjukkan kita masih disayangi…

Masih disayangi oleh pencipta sendiri…

UjianNya hanyalah untuk menguji kita…

Maka berdoa’lah kepadaNya dengan penuh ketakwaan…

Sesungguhnya kita hanyalah makhluk yang paling hina..

Manusia yang lemah…

Janganlah kamu lari dari takdir itu..

Kerana sejauh manapun kamu berlari …

Kamu tetap di bumi ALLAH…

Kita hanya mampu berusaha untuk mengubah takdir itu…

Namun jangan lupa ….

Bahawa.. tanpa keizinanNya.. takdir itu tidak akan berubah .....

Jadi sabarlah kita saat menempuh dugaan dan rintangan..

Dan ingatlah.. untuk kembali ke jalan yang benar..

Kerana kebenaran itu indah…

Kebenaran itu bukan kepalsuan..

Kepalsuan yang begitu menyakitkan…

Kebenaran itu lahir dari sifat mahmudah yang hanya tercipta dengan keikhlasan hati…

Oleh yang demikian, ikhlaslah dalam setiap perbuatan yang kamu lakukan..

Agar mendapat syafaat dariNya…


           SEKIAN…..                                                            hasil nukilan daripada :
                                                                                                  
                                                                                            AMIERA BINTI AMINUDIN
                                                                                                                       

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...